"wahai jiwa-jiwa yang tenang...pulanglah kepada tuhanmu dalam keadaan redha lagi diredhai...": 2009

LAKEP(Latihan Kefasilitatorn & Pengurusan)

1- Alhamdullah selesai program LAKEP yg diadakan di Rebutia pada 29 okt-1 nov. Semoga peserta program mendapat manfaat di dalam menjadi pelapis fasilitator bagi kegiatan khidmat komuniti di seluruh Selangor.

2- Saya mengucapkan tahniah kepada semua urusetia dan peserta yang telah sama-sama menjayakan program ini. Di kesempatan ini, ingin memohon maaf kepada semua urusetia Multim Media College dengan segala kekurangan kem.

3-Kita akui ada kelemahan di sepanjang program dari segi pengurusan, alhamdullh pihak urusetia cepat memaklumkan kepada saya berkenaan masalah ini dan kami pihak pengurusan kem boleh melaksanakan penambah baikkan dengan segera. Kami maklum perubahan saat akhir dari segi peserta menyebabkan pengurusan perlu mengubah keperluan peserta.

4-Nampaknya pada kali ini, UNIT cawangan semakin mantap dan mampu bergerak sendiri berdasarkan pemerhatian saya di dalam slot POA. Diharapkan ini mampu menjadi anjakan paradigma kepada peserta untuk terus memperbaiki diri dan maju dalam segala aspek.

5-Saya ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti Rekreasi, walaupun ada sesetengah ahli yang seolah-olah menuduh kami pihak kem mengambil kesempatan di dalam pengurusan kem mengenakan charge mahal. Mereka yang saya pun tidak tahu siapa tidak membenarkan aktiviti rekreasi dijalankan di dalam program ini. Akhirnya senior itu tidak datang dan saya diminta untuk melaksanakan aktiviti ini.Sekejap nak buat, sekejap tak mahu. Ingat, kita ada pendirian dan kita tidak minta sesen pun untuk aktiviti ini. Anda tahu sebelum ini saya tidak pernah meminta bayaran untuk aktiviti persatuan. Jangan berkurang ajar dengan orang dengan memburuk-burukkan orang. Kalau tahu sudah tidak percaya, sila cari pengurusan lain, dan jangan rasa tak malu kembali kembali untuk memasang hati kotor mengatakan kita makan belah ini, kita makan belah itu, walhal pakej yang kami tawarkan adalah yang terbaik dibandingkan dengan badan lain. Dalam hal ini PERSATUAN tidak bersalah, tapi kumpulan yang saya kira tak berguna ini sudah saya kenal lama.

6-Secara peribadi, saya juga ingin menyampaikan teguran kepada ahli-ahli persatuan yang tidak mendapat jawapan dari pihak kami secara terus berkenaan dengan pengurusan kem. Jangan terus menuduh melulu berkenaan dengan keputusan kem. Anda datang pada hari terakhir, anda datang kpd saya dengan membuat tuduhan yang tidak benar. Ini tidak betul lagi-lagi sebagai seorang yng bependidikan ijazah bidang agama. Seandainya memikirkan ada junior yang berada di sekeliling saya.Saya akan halau orang itu. Tidak layak duduk di rumah orang dengan sikap kurang ajar ini.

7- Semoga semua beroleh manfaat dan ingatlah "acknowledgement is better tahn provocation, even sometimes is a need". Jangan ingat sukarelawan yang ada ini boleh dicampak dan dipermainkan untuk kepuasan diri menunjukkan anda sudah benar-benar hebat. Minta maaf kepada junior-junior kerana tidak dapat terlibat sepenuhnya di dalam semua aktiviti kali ini.Bukan tak sudi, tetapi memberi peluang.

Sekian, terima kasih.

Kem Kepimpinan Pelajar SMK Putrajaya Presint 16-1





14-16 hb merupakan tarikh yang sgt getir bagi seorang pelajar untuk menyeimbangkan masa dengan aktiviti luar. Berganti-ganti menghadiri kelas dan program..Mujur Kali ini, team lengkap bersama dgn adik2 pengawas Putrajaya seramai 40 org dengan bantuan 11 orang fasilitator dan 4 org guru pengiring kami berkumpul menjayakan misi dakwah kepimpinan. Modul yang disediakan meliputi aspek kepimpinan termasuklah definisi dan fungsi, gaya kepimpinan, gaya kepengikutan dan komunikasi. Terima kasih diucapkan kepada senior trainer abg alang dan abg komeng krn datang memberikan sokongan moral kepada kami. Tahniah dan terima kasih juga kepada hafiz sbg ketua fasilitator yg cemerlang dlm mengendalikan modul kepimpinan kita pada kali ini. Juga kali ini, adik2 sebenar:) yana dan azhar dtng jugak tlg abg dia....juga ucapan terima kasih tak terhingga kpd muslim, adib 1, zamri, zikri, adib 2, dija, lokman, dan aqmar....terima kasih juga kepada abg harun kerana memberikan sokongan moral kpd kami..

Kem Ihya' Ramadhan 2009



Kem ihya' ramadhan baru dah 2 minggu berlalu, macam-macam kenangan ada...hari pertama bawa adik2 nakal beli barang untuk program(apiz, kal, dgn muslim), bawak kereta, Ya Allah, kena mengucap banyak2x...sebelum tu buka puasa kat Bangunan Perkim dengan ustaz Amran, makan dengan VIP..tapi adik2 ni tak sempat datang buka kat dalam kereta xjumpa bangunan Perkim, kesian sungguh..hahaha.Diorang sampai je ke situ, aku dah solat magrib, then makan dengan mualaf dan orang awam, rasa sejuk hati dengar mereka tanya tentang islam.

malam tu, shopping..huh..sakan beli barang-barang program, kalah org kaya beraya..tapi puas hati sebab barang2 ni amat2 diperlukan masa pgrm, habis penuh kereta sumbat barang2 ni...Selesai beli barang, berkejar ke PPR Pantai Ria, kene beri taklimat program,ingatkan tak sempat, tapi mengenangkan adik2 PPR pantai ria dah tunggu, aku sempatkan juga:)...

Esok nya baru mula program...Modul prgram berjalan dengan lancar...flow seperti yang dirancang, Program dimulakan dengan sesi disiplin, then kami buat pembaharuan..Adik2 program terkejut abg faizal datang awal2 program untuk sesi muhasabah...banyak input berbentuk muhasabah diberikan, antaranya tafsir surah al- fatihah dan pembudayaan al-quran..Sampai habis program, jumlah peserta 86 orang, urusetia surau mencecah 10 orang, dan adik2 fasilitator sehingga 18 orang.

Paling tak boleh diterima akal, setelah 48 jam tidak tido, Ketua jurulatih, ketua fasi, ketua urusetia collapse di bilik yang,amboi,kalah hotel..ada aircond..sampai pegawai masjid datang di dewan kami semua takda...masa inilah peranan adik2 pelapis yang dah turun training mengambil alih program selama 4 jam kami pengsan. Maklumlah, bilik muslim n apiz ngn jurulatih lain2, jadi mcm cerita raja dan madu lah..hampir pukul 10pagi hari terakhir tu, aku dapatkan data untuk analisa data2 terbaru adik2 fasi ni untuk buat POA..alhamdullilah, samapai sekarang, kelab syabab berjaya ditubuhkan di PPR Pantai Ria, Semoga adik2 peserta menjadi belia yang berjaya dan menjadi kader2 dakwah di sana..





Lastly, memang tanpa kerjasama dan pertolongan semua pihak, program ni takkan beralan dengan baik...Terima kasih pihak Perkim dengan tajaan program, terima kasih En Jamil dan AJk surau dengan sokongan kuat ini...dan terima kasih pada apiz yg tensen2 tak dapat fasi..alih2 ramai yang datang support untuk menjayakan modul, untuk balut2 hadiah,min,acik,mar,siti ngn akak dia adib...penat2 tunggu kt KL Central datang masjid terus buat kerja...muslim...datang amik fasi even tayar kereta dah botak..fasi2 yg melayan kerenah adik2 yang nakal2 ni...thanks sgt2...dayah yang support Myvi untuk peserta, bayangkan kami balik, 7 orang sumbat kereta kancil, 8 org sumbat myve...huh, bahaya betul..ni semua otak gila adik2 kesayangan aku...thanks juga pada lokman n farhan..wah3x..tak tidor 24 jam siapkan dokumentasi program...terima kasih sgt2x..teringat satu potongan ayat...intansurullah, hayansurukum..fassabit aqdamakum...kalau kita tolong di jalan Allah, Allah akan tolong diri kita..dan kuatkan lagi diri kita...mudah2 han dibalas di akhirat...

HArapan kami, Semoga adik2 di PPR pantai ria meneruskan perjuangan kami apabila ditakdirkan kelak tidak dapat bersua lagi....amin

puisi untuk chu kesayangan dan kak ti

aku mencari maya,
di sebalik banjaran,
jauh dari pandangan mata,
bersama rindu disisiku,
mengembalikan hari lepasku,

sambil menunggu sinar pagi,
pada ketenangan yang memancar,
untuk aku renungi,

namun ketenangan ini,
ku biarkan ia berlalu,
sambil memedihkan jiwaku,
demi ingatan seorang perindu,
sambil mendengar seruling kemesraan,
aku mahu hidup,

aku mengerti,
andai dentuman petir menyala di ruang ini,
setiap detik mendatang tetap membawaku,
sewaktu,
sinar pagi tetap memancar,
akhirnya hilang di ufuk barat,
malam menyepi kesuraman,
akhirnya neninggalkan embun yang menitis kebumi.
perjalanan ini akan tetap membawaku,
selalu dan selamanya.

ku tinggalkan nota ini,
untuk ku menyusuri kehidupan,
untuk ku menjadi insan,
untuk ku memahat pada nisan,
sebagai kehidupan yang kekal abadi.

sehari sebelum ezam ungs 1…….tengah malam disebalik cermin ….memerhati kota dan banjaran luas

PUISI UNTUK LI

Duniaku berkata tentang dia
Apa yang istimewa tentang dia
aku tak mengerti
mungkin hati ku sahaja yang mengerti

pada mata yang lain
dia bukan harta
dia bukan kawan
dia tak layak memiliki

tapi mata hatiku
dia memberikan ku senyuman
sewaktu bersamanya lepas lalu
tertawa bersama
hiba bersama
marah bersama

setiap saat aku ingin bersama
kami selalu memiliki waktu
membuatkan usiaku berhenti.

Terima kasih sahabat,
Doaku kau berjaya di dunia
Dan kehidupan selepasnya.

DI MAHALLAH 7 UIA..TERINGAT KENANGAN BERSAMA LI WAKTU MUDA-DULU……NAIK MOTOR DAN KEM SRI RAUDAH

menuggumu

malam ini,
ku meniti detik-detik awal
kesepian tanpa kedengaran lagi
seruling kemesraan
yang meyentuh jiwa
yang melagui kerinduan
dari pintu hati ke halamannya
hanya linangan air mata menemaniku
menitis penuh ketenangan,
memilikimu
membalas janji ini......

2 purnama yang entah bila hujungnya
menunggu dengan penuh ketenangan
sehingga hujung takdir
abg tetap merinduimu...menyintaimu

sayang
berjihadlah sehingga akhir waktu,
kembalilah,
ke pulau kecil damai ini,
bersama jiwa mu yang tenang dan diredhai,
pulanglah dengan kebahagiaan,
kerana di sini,
ada hati yang kehilangan sendiri,
menunggu kasihmu.....

2008

top