"wahai jiwa-jiwa yang tenang...pulanglah kepada tuhanmu dalam keadaan redha lagi diredhai...": 2008

mencari kasih

Kasih ku selalu mekar
dalam nyala warna ati-ati,

mencari cinta yang mendung,
selalunya meronai hujan,
membasahi tanah yang merekah,
mensaljui seluruh langit tenang,

Begitu juga,
mencari dari rimba dan tadahanya,
dari hulu tempat bersemadi,
mengalir ke gelombang samudera...

dan aku terus mengingatimu,
tanpa mengenalimu,
tanpa memahamimu,
kerana hati ini,
ingin mencintai....
ampuni kesilapan ini....

Hari ini


Hari ini aku singgah

pada peneman sepi ku….

Menghadiri keriangan dalam hidup ku

Mengembali kegilaan ini

hilai yang meneroka sekecil hatimu

melalui semula bahagia dengan mu.....


tak pernah pun

mahu ku duga

untuk sekali melepaskan diriku

walau seketika hilang

dari hati kecil mu


Walau tak terucap

Ku ingin mengembalikan keriangan ini

Tanpa kegilaaan hilai ini

Kerana aku mencari diriku yang lain

Yang Akhirnya tersempak Dengan bayangan semalam

Menjadi peneman semula


Dan…

Ku cuba untuk melihat

Di satu kehidupan

Merubah hati ini

Bagai ombak mengukir pantai

Sekali bah...

selamanya melaini...

Namun pantai kan kekal namanya

Sudi dikunjungi......

top