"wahai jiwa-jiwa yang tenang...pulanglah kepada tuhanmu dalam keadaan redha lagi diredhai..."

LAKEP(Latihan Kefasilitatorn & Pengurusan)

1- Alhamdullah selesai program LAKEP yg diadakan di Rebutia pada 29 okt-1 nov. Semoga peserta program mendapat manfaat di dalam menjadi pelapis fasilitator bagi kegiatan khidmat komuniti di seluruh Selangor.

2- Saya mengucapkan tahniah kepada semua urusetia dan peserta yang telah sama-sama menjayakan program ini. Di kesempatan ini, ingin memohon maaf kepada semua urusetia Multim Media College dengan segala kekurangan kem.

3-Kita akui ada kelemahan di sepanjang program dari segi pengurusan, alhamdullh pihak urusetia cepat memaklumkan kepada saya berkenaan masalah ini dan kami pihak pengurusan kem boleh melaksanakan penambah baikkan dengan segera. Kami maklum perubahan saat akhir dari segi peserta menyebabkan pengurusan perlu mengubah keperluan peserta.

4-Nampaknya pada kali ini, UNIT cawangan semakin mantap dan mampu bergerak sendiri berdasarkan pemerhatian saya di dalam slot POA. Diharapkan ini mampu menjadi anjakan paradigma kepada peserta untuk terus memperbaiki diri dan maju dalam segala aspek.

5-Saya ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti Rekreasi, walaupun ada sesetengah ahli yang seolah-olah menuduh kami pihak kem mengambil kesempatan di dalam pengurusan kem mengenakan charge mahal. Mereka yang saya pun tidak tahu siapa tidak membenarkan aktiviti rekreasi dijalankan di dalam program ini. Akhirnya senior itu tidak datang dan saya diminta untuk melaksanakan aktiviti ini.Sekejap nak buat, sekejap tak mahu. Ingat, kita ada pendirian dan kita tidak minta sesen pun untuk aktiviti ini. Anda tahu sebelum ini saya tidak pernah meminta bayaran untuk aktiviti persatuan. Jangan berkurang ajar dengan orang dengan memburuk-burukkan orang. Kalau tahu sudah tidak percaya, sila cari pengurusan lain, dan jangan rasa tak malu kembali kembali untuk memasang hati kotor mengatakan kita makan belah ini, kita makan belah itu, walhal pakej yang kami tawarkan adalah yang terbaik dibandingkan dengan badan lain. Dalam hal ini PERSATUAN tidak bersalah, tapi kumpulan yang saya kira tak berguna ini sudah saya kenal lama.

6-Secara peribadi, saya juga ingin menyampaikan teguran kepada ahli-ahli persatuan yang tidak mendapat jawapan dari pihak kami secara terus berkenaan dengan pengurusan kem. Jangan terus menuduh melulu berkenaan dengan keputusan kem. Anda datang pada hari terakhir, anda datang kpd saya dengan membuat tuduhan yang tidak benar. Ini tidak betul lagi-lagi sebagai seorang yng bependidikan ijazah bidang agama. Seandainya memikirkan ada junior yang berada di sekeliling saya.Saya akan halau orang itu. Tidak layak duduk di rumah orang dengan sikap kurang ajar ini.

7- Semoga semua beroleh manfaat dan ingatlah "acknowledgement is better tahn provocation, even sometimes is a need". Jangan ingat sukarelawan yang ada ini boleh dicampak dan dipermainkan untuk kepuasan diri menunjukkan anda sudah benar-benar hebat. Minta maaf kepada junior-junior kerana tidak dapat terlibat sepenuhnya di dalam semua aktiviti kali ini.Bukan tak sudi, tetapi memberi peluang.

Sekian, terima kasih.

Kem Kepimpinan Pelajar SMK Putrajaya Presint 16-1





14-16 hb merupakan tarikh yang sgt getir bagi seorang pelajar untuk menyeimbangkan masa dengan aktiviti luar. Berganti-ganti menghadiri kelas dan program..Mujur Kali ini, team lengkap bersama dgn adik2 pengawas Putrajaya seramai 40 org dengan bantuan 11 orang fasilitator dan 4 org guru pengiring kami berkumpul menjayakan misi dakwah kepimpinan. Modul yang disediakan meliputi aspek kepimpinan termasuklah definisi dan fungsi, gaya kepimpinan, gaya kepengikutan dan komunikasi. Terima kasih diucapkan kepada senior trainer abg alang dan abg komeng krn datang memberikan sokongan moral kepada kami. Tahniah dan terima kasih juga kepada hafiz sbg ketua fasilitator yg cemerlang dlm mengendalikan modul kepimpinan kita pada kali ini. Juga kali ini, adik2 sebenar:) yana dan azhar dtng jugak tlg abg dia....juga ucapan terima kasih tak terhingga kpd muslim, adib 1, zamri, zikri, adib 2, dija, lokman, dan aqmar....terima kasih juga kepada abg harun kerana memberikan sokongan moral kpd kami..

top